Studentkit2u: Biasiswa/Pinjaman
Showing posts with label Biasiswa/Pinjaman. Show all posts
Showing posts with label Biasiswa/Pinjaman. Show all posts

Friday, 19 April 2013

Biasiswa Maxis 2013



Keterangan Ringkas:

Maxis menaja pelajar-pelajar yang layak pada setiap tahun dalam usaha memberi peluang kepada mereka untuk merealisasikan impian mereka.

Jenis Tajaan:
Biasiswa 

Tajaan Meliputi:
  1. Nilai biasiswa sehingga RM 10,000 setahun.
  2. Yuran pengajian.
  3. Elaun alat tulis.
  4. Tiket penerbangan untuk pelajar yang belajar di luar negara.
Syarat Tajaan:
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelanggan pasca-bayar Maxis sekurang-kurangnya 1 tahun. (Sama ada diri sendiri atau ibu bapa)
  3. Berumur 23 tahun dan ke bawah.

Tuesday, 9 April 2013

BIASISWA POTENSI_Jangan lepaskan peluang.




Bagi rakan-rakan yang mendapat 5A ke atas, anda boleh memohon biasiswa potensi. Lagi beberapa hari akan tarikh tutup, iaitu pada 12 april ini.

http://www.penerajuedu.com/

Friday, 22 March 2013

Biasiswa Yayasan TM 2013

Biasiswa Yayasan TM 2013


Assalammu'alaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, biasiswa untuk adik2 lepasan SPM kali ini ialah Biasiswa Yayasan TM 2013.
Bagi adik-adik yang berminat dalam 3 jurusan ini bolehlah cuba memohon tajaan TM ini.


1. Kejuruteraan Perhubungan, Elektronik dan Elektrik
2. Teknologi Maklumat, Sains Komputer dan Perisian
3. Pengurusan dan Perakaunan
Untuk lebih lanjut klik "read more"

Tuesday, 19 March 2013

Promosi Kit biasiswa Lepasan SPM/ Pra-U/ Diploma


Kit biasiswa Lepasan SPM/ Pra-U/ Diploma

Dapatkan segera kit biasiswa ini dengan  harga istimewa untuk anda
Harga asal: RM20
Harga Promosi:RM10 SAHAJA!
Tarikh promosi: 13/3/2013 Hingga 23/3/2013(12 tengah malam)
Anda berminat?

DERMASISWA YAYASAN BUDIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (YBUiTM)




MAKLUMAT MENGENAI DERMASISWA
YAYASAN BUDIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
(YBUiTM)

1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Yayasan Budiman Universiti Teknologi MARA telah ditubuhkan pada 25 Ogos 1999 dan dilancarkan pada 26 Ogos 1999 di Stadium Melawati, Shah Alam oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Perhimpunan Perdana Siswazah ITM Bersama Perdana Menteri diadakan.
1.2 Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YBUiTM pada 23 Mei 2000 telah memutuskan untuk menghadiahkan Dermasiswa kepada siswa/siswi UiTM yang tidak berkemampuan dalam bidang Sarjana sama ada secara Kerja Kursus atau Penyelidikan.

2.0 SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN

Biasiswa Bank Negara 2013/2014




Untuk Lepasan SPM dan STPM. Pelajar Sarjana dan PhD juga boleh memohon. Tarikh buka adalah pada 20 Mac 2013 manakala tarikh tutup permohonan pula ialah pada 26 Mac 2013. Layari link di bawah untuk keterangan lanjut.
BNM Home



Monday, 18 March 2013

Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2013

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..


TAWARAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2013
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Alhamdulillah, biasiswa terkini untuk semua pelajar lepasan STPM/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma. Bolehlah anda semua yang rasa memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti diminta untuk cuba memohon. InsyaAllah, Allah akan membantu mempermudahkan orang yang bersungguh-sungguh berjuang dalam medan ilmu.

Dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan 

daripada warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 
tutup permohonan(29 Mac 2013)yang berkelayakan untuk ditawarkan Biasiswa Tunku Abdul Rahman peringkat Ijazah Sarjana Muda.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Sunday, 17 March 2013

Biasiswa Terbaru Selepas Keputusan SPM/STPM 2013



Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera


Keputusan peperiksaan SPM/STPM

    Keputusan SPM dan STPM bakal diumumkan tidak lama lagi. InsyaAllah, difahamkan bahawa keputusan STPM akan diumumkan pada 18 Mac ini manakala keputusan SPM pula akan diumumkan pada 20 Mac nanti. Semoga Berjaya ^.^. Setelah doa, usaha, istiqomah, perbanyakkan tawakal juga. Ingat tak konsep DUIT? (Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakal). Setelah itu, para pelajar akan mula mencari biasiswa untuk menyambungkan pelajaran mereka ke IPTA/IPTS. Masa inilah pelajar dapat membuat keputusan yang tepat untuk memilih bidang yang sesuai dengan tahap mereka.

Tuesday, 12 March 2013

Biasiswa Asean Pra-U


Biasiswa ASEAN Pra-U

Keterangan Ringkas:

Pelajar dari Malaysia yang ingin memasuki institusi pendidikan di Singapura pada tahap pra-universiti 1 di bawah Biasiswa ASEAN adalah dialu-alukan untuk memohon anugerah pra-universiti. Pemohon yang disenarai pendek akan melalui ujian pemilihan dan temu bual sebelum dianugerahkan biasiswa.

Jenis Tajaan:
Biasiswa

Tajaan Meliputi:

Biasiswa The Star (IPTS)

Biasiswa The Star (IPTS)

The Star menekankan kepentingan pendidikan dalam membina sebuah masyarakat berpengetahuan. Untuk menyokong perjuangan ini, Dana Pendidikan The Star telah dimulakan pada tahun 1994 dengan tujuan utama menyediakan peluang pendidikan kepada generasi muda Malaysia yang layak dan miskin. Setiap tahun, The Star bekerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan tempatan dan luar negara.
Tajaan meliputi:
1. Biasiswa separa
2. Biasiswa penuh
Syarat dan kelayakan:

Biasiswa Maybank 2013

 Patutkah aku mohon Biasiswa Bank Konvensional?

  Saban tahun, situasi ini akan sentiasa berulang, dari generasi ke generasi tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak ibarat jarum  jam yang berputar dari angka 12 dan akan kembali semula ke angka 12. Ya, begitulah juga kehidupan yang anda harungi dengan penuh suka duka  sekarang ini, ia tidak akan kekal selamanya dan anda pasti kembali bertemu semula dengan Pencipta anda. Situasi yang penulis cuba sampaikan di sini ialah tidak dapat tidak setiap tahun

Tuesday, 5 March 2013

Tajaan MARA 2013

Assalamua'alaikum dan selamat sejahtera.
Berita baik untuk semua pelajar yang berminat untuk mendapatkan tajaan MARA, tajaan ini telah dibuka sekitar bulan Februari lepas dan akan ditutup pada sekitar bulan tiga ini. Penulis baru sahaja mendapat emel dari saudara Anwar Yasin(pengasas kit biasiswa) berkaitan tajaan ini. Munkin ada antara kita yang sudah tahu tentang tajaan ini, dan munkin juga kebanyakan pelajar yang masih tercari-cari tajaan ini. Objektif utama Majlis Amanah Rakyat(MARA) adalah untuk membantu pelajar Melayu dan Bumiputera yang berpotensi dalam akademik, seterusnya melayakkannya untuk menerima bantuan kewangan bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (swasta) dalam bidang serta institusi yang dikenal pasti oleh MARA. Jenis tajaan ialah pinjaman pelajaran dan pelajar pasca-siswazah juga boleh memohon. Antara syarat-syarat tajaan ialah:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...