Assalamua'alaikum,
Apa istimewanya bulan Februari ini untuk pelajar pre-universiti dan mahasiswa??
Setelah pulang dari 'honeymoon' untuk cuti semester lepas, berita baik diumumkan untuk semua mahasiswa. ''Anda semua boleh mendapatkan baucar buku 1 Malaysia(BB1M) di fakulti masing-masing''. Tambahan pula, kenaikan 25% untuk nilai BB1M dari RM200 ke RM250 , merancakkan lagi
suasana pembelian buku di kedai-kedai buku yang menerima BB1M seperti POPULAR, MPH, dan juga pekan buku universiti/kolej masing-masing. Lebih-lebih lagi kebanyakan kedai buku ini mengadakan jualan promosi harga runtuh, membuatkan emosi pelajar membuak-buak hendak menghabiskan baucar mereka.
Masa inilah, sifat 'ulat buku' diri masing-masing terserlah, tapi persoalannya, adakah buku-buku yang dibeli terbaca kesemuanya?? Cuba anda bertanya kepada diri sendiri. Apapun terjadi, yang penting ilmu yang 'ditelan' masuk ke dalam otak, haruslah dikongsi dengan rakan-rakan lain atau masyarakat sekeliling kita, seperti mana sabda Nabi kita,
''Sampaikanlah walau sepotong ayat''.
Kenapa tidak mahu dikongsikan ilmu itu, adakah situasi ini pernah belaku kepada anda, ''Aku beli mahal buku ini, kenapa nak dikongsikan pulak, kalau nak tahu beli sendirilah'' atau ''ilmu ini aku dapat susah-susah, kenapa nak dikongsi pulak?Jika ya, ini petanda tidak baik berlaku terhadap sikap diri kita.
Zaman makin berubah dan banyak teknologi canggih yang dicipta untuk memudahkan manusia melakukan kerja seharian, membuatkan manusia lebih senang dan menjadi makin malas, makin malas?? Kenapa? Hampir kesemua urusan dapat diselesaikan hanya di hujung jari, melalui online.
Setuju tak?
Contoh yang senang, membeli buku secara online. Anda tidak perlu:
- Bersesak dalam kedai buku
- Beratur untuk membayar
- Berjalan/Menaiki kenderaan ke kedai buku
- Jarang buku pilihan anda ditawarkan diskaun/harga promosi
Saya pasti anda akan bersetuju jika pernah mengalami situasi di atas, betul tak?
Jadi, penyelesaiannya layari internet dan 'google' kedai buku online, mudahkan? Tidak kesemua kedai online menerima baucar buku 1 Malaysia (BB1M), hanya kedai-kedai tertentu sahaja, anda boleh hubungi penjual untuk bertanya adakah mereka menerima baucar buku 1 Malaysia.