Studentkit2u: Tajaan MARA 2013

Tuesday, 5 March 2013

Tajaan MARA 2013

Assalamua'alaikum dan selamat sejahtera.
Berita baik untuk semua pelajar yang berminat untuk mendapatkan tajaan MARA, tajaan ini telah dibuka sekitar bulan Februari lepas dan akan ditutup pada sekitar bulan tiga ini. Penulis baru sahaja mendapat emel dari saudara Anwar Yasin(pengasas kit biasiswa) berkaitan tajaan ini. Munkin ada antara kita yang sudah tahu tentang tajaan ini, dan munkin juga kebanyakan pelajar yang masih tercari-cari tajaan ini. Objektif utama Majlis Amanah Rakyat(MARA) adalah untuk membantu pelajar Melayu dan Bumiputera yang berpotensi dalam akademik, seterusnya melayakkannya untuk menerima bantuan kewangan bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (swasta) dalam bidang serta institusi yang dikenal pasti oleh MARA. Jenis tajaan ialah pinjaman pelajaran dan pelajar pasca-siswazah juga boleh memohon. Antara syarat-syarat tajaan ialah:

1) Calon mestilah Melayu/ bumiputera warganegara Malaysia
2) Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab      tindakan disiplin
3) Mendapat pelepasan kontrak/ penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
4) Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji/ pelepasan jawatan/ kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat
5) Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah
6) Pengajian sepenuh masa dalam dan luar negara
7) Memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga seperti yang ditetapkan
Untuk keterangan lanjut berkaitan tajaan MARA ini, anda boleh layari laman web ini
http://eduloan.mara.gov.my/
       Jika anda seorang yang sedang mencari-cari biasiswa dan tajaan lain yang sentiasa berulang-ulang dan ditawarkan pada setiap tahun, dan ingin menjimatkan masa anda untuk mencari dan mengikuti perkembangan biasiswa dan tajaan, penulis mencadangkan anda mendapatkan ebook karangan saudara Anwar Yassin ini untuk memudahkan anda mendapatkan biasiswa dan tajaan di Malaysia ini. Penulis sendiri dapat merasai betapa besarnya nikmat apabila memperolehi biasiswa JPA, RM5295.00 untuk satu semester sahaja, subhanallah! begitu banyak. Sekiranya anda tidak berjaya mendapat tajaan JPA, jangan anda kecewa dan berputus asa kerana masih ada banyak lagi biasiswa dan tajaan lain yang berlegar di luar sana, cuma bergantung kepada usaha kita untuk mencarinya. Lebih-lebih lagi, jika anda mendapatkan ebook ini, anda juga akan diberikan 7 bonus yang hebat, antaranya ialah Software Project Planner(memudahkan perancangan aktiviti harian anda), Kamus Digital, Koleksi Surat Permohonan Biasiswa, Koleksi Soalan Temuduga dan banyak lagi.
http://bit.ly/SenaraiBiasiswa
Anda boleh dapatkannya di sini. 

      Adakah anda masih berkira-kira untuk mengorbankan sedikit wang anda untuk kesenangan anda pada masa depan? Andalah yang menentukan masa depan anda, bukannya kesungguhan usaha dari ibu bapa, masyarakat, kawan,guru atau kerajaan.
Saya akan terus berkongsi maklumat biasisiwa dan tajaan yang saya peroleh dari semasa ke semasa dengan anda, dan penulis berbesar hati sekiranya anda mempunyai maklumat lain berkaitan biasiswa dan tajaan yang ada di Malaysia atau luar negara untuk dikongsi di sini.





Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

#Tolong berikan komen yang memberi manfaat kepada orang lain dan dilarang keras melakukan SPAM di sini# Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...