Studentkit2u: Akidah Nabi Muhammad S.A.W!

Tuesday, 30 April 2013

Akidah Nabi Muhammad S.A.W!



AL-HADIS

Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

"كَانَ اللهُ وَلَـمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ".

Maksudnya:

“Allah telah wujud pada azali [iaitu tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya] sedang sesuatu selain-Nya masih belum wujud”.
                                    [Diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Bayhaqi dan Ibn Jarud]

Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani (W.852 H) telah menghuraikan hadis di atas di dalam kitabnya Fath al-Baridengan katanya[1]:

"وَالْمُرَادُ بِكَانَ فِي الأَوَّلِ الأَزَلِيَّةُ وَفِي الثَّانِي الْحُدُوْثُ بَعْدَ الْعَدَمِ".

Maksudnya:

“Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua [iaitu maksud kana yang kedua] ialahkebaharuan selepas ketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”.

Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) juga mensyarahkan hadis tersebut di dalam kitabnya al-Asma’Wa al-Sifat dengan berkata:

"يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ لَـمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ لا الْمَاءَ وَلا الْعَرْشَ وَلا غَيْرَهُـمَا وَكُلُّ ذَلِكَ أَغْيَارٌ."

Maksudnya:

"(Hadis ini) Menunjukkan bahawa Allah ta`ala sudah wujud walaupun selain-Nya belum ada,air tidak ada, `Arasy tidak ada dan selain kedua-dua benda itu dan semua itu adalah bukan Allah ta`ala."

            Justeru, Allah taala telah wujud pada azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada sesuatu pun sama ada air, udara, bumi, langit, `Arasy, Kursi, manusia, jin,malaikat, tempat dan lain-lain daripada makhluk yang menyerupai-Nya. Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tidak bertempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan `Arasy serta Dia tidak berhajat sama sekali kepada ciptaan-Nya.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam  bersabda:

"اللَّهُمَّ أَنتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٍ، وَأَنتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ،  وَأَنتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ."

Maksudnya:

“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”.

                                                                 [Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim]

Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma’ wa al-Sifat[2]:

"وَأَنَّهُ الظَّاهِرُ فَيَصِحُّ إِدْرَاكُهُ بِالأَدِلَّةِ,الْبَاطِنُ فَلا يَصِحُّ إِدْرَاكُهُ بِالْكَوْنِ فِي مَكَانٍ. وَاسْتَدَلَّ بَعْضُ أَصْحَابنِاَ فِيْ نَفْيِ الْمَكَانِ عَنِ اللهِ تَعَالَى بِقَوْلِ النَّبِيِّ: ((أَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ)) وَإِذَا لَمْ يَكُنْ فَوْقَهُ شَيْءٌ وَلا دُوْنَهُ شَيْءٌ لَمْ يَكُنْ فِي مَكَانٍ".

Maksudnya:

"Allah ta`ala itu Maha Zahir kerana (kewujudan-Nya) boleh didapati dengan bukti-bukti (daripada kekuasaan-Nya melalui alam ini) dan Maha Batin kerana tidak boleh didapati (kewujudan-Nya) secara bertempat. Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat daripada Allah taala dengan sabdaan Nabi : ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء))iaitu Engkaulah (Allah) yang Zahir dan tidak ada sesuatupun di atas-Mu dan Engkaulah yang Batin dan tidak ada sesuatupun dibawah-Mu). Dan jika tiada   suatupundi atas-Nya dan tiada sesuatupun di bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat pun".

[1]Ibn al-Hajar al-`Asqalani (t.t), Fathal-Bari, Kaherah: Dar al-Rayyan, j. 6, hlm. 334.
[2]Al-Hafiz Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (t.t), al-Asma’ was-Sifat, Beirut: Dar Ihya’ al-Turats, h. 400.




credit: fb/ibnu syafie al kalantani
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

#Tolong berikan komen yang memberi manfaat kepada orang lain dan dilarang keras melakukan SPAM di sini# Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...