Studentkit2u: Siapakah Ahlus Sunnah Wal Jamaah??

Tuesday, 30 April 2013

Siapakah Ahlus Sunnah Wal Jamaah??



Dari sudut bahasa,  perkataan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata:

Pertama, perkataan Ahl yang bererti keluarga,pengikut atau golongan[1].

Kedua, perkataan al-Sunnah. Dari sudut literal,perkataan al-Sunnah mempunyai pengertian al-Thariqah(jalan atau perilaku), baik jalan dan perilaku tersebut benar atau tidak. Manakala dari sudut terminologi, al-Sunnah mengandung erti; jalan yang ditempuh oleh Nabi sallallahu`alaihi wasallam dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu.[2] Kiyai Haji Hasyim al-Asy`ari mengatakan:[3]
"السُّنَّةُ  كَمَا قَالَ أَبُو الْبَقَاءِ فِيْكُلِّيَّاتِهِ: لُغَةً الطَّرِيْقَةُ وَلَوْ غَيْرَ مَرْضِيَّةً، وَشَرْعًا اِسْمٌلِلطَّرِيْقَةِ الْمَرْضِيَّةِ الْمَسْلُوْكَةِ فِي الدِّيْنِ سَلَكَهَا رَسُوْلُاللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ غَيْرُهُ مِمَّنْ هُوَ عَلَمٌ فِيالدِّيْنِ كَالصَّحَابَةِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ، لِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِالرَّاشِدِيْنَ مِنْ بَعْدِيْ".

Terjemahan:
"al-Sunnah seperti yang telah dikatakan oleh Abu al-Baqa’ didalam kitab al-Kulliyyat, karangannya, secara literalnya adalah jalan, meskipun(jalan tersebut) tidak diredhai. Manakala al-Sunnah menurut istilah syara`adalah; nama bagi jalan dan perilaku yang diredhai di dalam agama yang ditempuhi oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau orang-orang yang dapat menjadi teladan dalam beragama seperti para sahabat radiyallahu`anhum,berdasarkan sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam, Ikutilah sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin sesudahku".

Ketiga, perkataan al-Jama`ah. Secara terminologi,perkataan al-Jama`ah membawa maksud; majoriti kaum Muslimin (al-Sawadal-A`zam), dengan erti bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah adalah sebuah aliran yang diikuti oleh majoriti kaum Muslimin, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Abdary (1328-1429H/1910-2008 M), berikut ini:[4]
"لِيُعْلَمْأَنَّ أَهْلَ السُّنَّةِ هُمْ جُمْهُوْرُ الْأُمَّةِ الْمُحَمَّدِيَّةِ وَهُمُالصَّحَابَةُ وَمَنْ تَبِعَهُمْ فِي الْمُعْتَقَدِ أَيْ فِيْ اُصُوْلِالاِعْتِقَادِ...وَالْجَمَاعَةُ هُمُ السَّوَادُ الْاَعْظَمُ".

Terjemahan:

"Hendaklah diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah adalah majoriti umat Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Mereka adalah para sahabat dan golongan yang mengikuti mereka dalam perinsip-perinsip akidah…Sedangkan al-Jama`ah adalah majoriti terbesar (al-Sawad al-A`zam) [daripada kaum muslimin]".

Pengertian perkataan al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam(majoriti kaum Muslimin) dilihat seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[5]
"عَنْأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ, سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: إِنَّ أُمَّتِيْ لَا تَجْتَمِعُ عَلَىضَلَالَةٍ, فَإِذَا رَأَيْتُمْ اِخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ".

Terjemahan:

"Dari Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. [Oleh sebab itu,] apabila kamu melihat terjadinya sesuatu perselisihan, maka hendaklah kamu ikuti kelompok yang majoriti".

Pengertian bahawa al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaumMuslimin) juga adalah seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[6]
"عَنِابْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ, قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَثَلاثٌ لا يَغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ الْمُؤْمِنِ: إِخْلَاصُ الْعَمَلِ،وَالنَّصِيْحَةُ لِوَلِيِّ الْأَمْرِ، وَلُزُوْمُ الْجَمَاعَةِ، فَإِنَّدَعْوَتَهُمْ تَكُوْنُ مِنْ وَرَائِهِمْ".

Terjemahan:

"Ibn Mas`ud telah berkata, Nabi sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Tiga perkara yang dapat membersihkan hati seseorang mukmin daripada sifat yang tidak baik, iaitu ikhlas dalam beramal, berbuat baik kepada penguasa [pemerintah] dan selalu mengikuti (beriltizam/melazimi) kebanyakan kaum Muslimin kerana doa mereka akan selalu mengikuti mereka".

Hadis ini memberikan pengertian bahawa orang yang selalu mengikut golongan majoriti kaum Muslimin dalam urusan akidah dan amal saleh, maka keberkatan doa mereka akan selalu mengikuti dan melindunginya daripada sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Manakala bagi mereka yang keluar daripada golongan majoriti kaum Muslimin, maka mereka tidak akan memperoleh barakah doa mereka, sehingga mereka tidak akan terpelihara daripada terjebak dengan sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Hadis tersebut secara tidak langsung mendorong kita agar selalu menjaga kebersamaan dengan majoriti kaum Muslimin[7].

Kedua, hadis di atas juga memberikan pengertian bahawa golongan yang terselamat adalah golongan majoriti[8]. Pengertian ini adalah sesuai dengan mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana jika dilihat dari sudut waqi` dan realiti sejak zaman berzaman, perinsip-perinsip ajaran kedua-dua aliran ini telahpun diikuti oleh majoriti kaum Muslimin didunia dari dahulu sehingga kini. Di samping itu, hadis tersebut juga merupakan dalil keharusan mengikuti mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana mengikuti kedua-dua aliran ini bererti mengikuti golongan majoriti kaum Muslimin, manakala mereka yang berlepas diri daripada mazhab al-Asy`aridan al-Maturidi bererti telah keluar daripada golongan majoriti kaumMuslimin.

وَأَفْضَلُ هَؤُلَاءِ أَهْلِ الْقُرُوْنِ الثَّلَاثَةِ الْمُرَادُوْنَبِقَوْلِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ((خَيْرُالْقُرُوْنِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَيَلُوْنَهُمْ)). وَالْقَرْنُ مَعْنَاهُ مِائَةُ سَنَةٍ كَمَا رَجَّحَ ذَلِكَالْحَافِظُ أَبُو الْقَاسِمِ بْنُ عَسَاكِرَ وَغَيْرُهُ.

Terjemahan:

Dan yang paling afdhal dalam kalangan mereka [Ahlal-Sunnah Wa al-Jama`ah] tersebut adalah mereka yang merupakan ahli kurun yang ketiga hijrah iaitu mereka yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis bagindasallallahu`alaihi wasallam((Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian mereka yang datang selepas kurunku, kemudian mereka yang datang selepas merekayang mengikut kurunku)). Satu kurun bermaksud seratus tahun sepertimanayang telah ditarjihkan definisi tersebut oleh al-Hafiz Abu al-Qasim bin `Asakirdan cendekiawan yang selain daripada beliau.

Pada hakikatnya ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam dan diteruskan oleh para sahabatnya tentang aqidah tersebut telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah tetapi masih belum tersusun secara sistematik. Maka pada zaman yang seterusnya pengajian tentang aqidah ini disusun dengan cara yang sistematik oleh dua orang ulama’ yang mahir dalam bidang Usuluddin yang besar iaitu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan al-Imam Abual-Mansur al-Maturidi agar mudah difahami. Disebabkan jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam  di zamanya dan zamanselepas mereka, maka penyebutan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah selalu dikaitkan dengan kedua-dua ulama’ ini.

Berkata Sayyid Murtadha al Zabidi di dalam kitabnya “Ittihaf Sadat al-Muttaqin” syarah bagi kitab “Ihya’ `Ulumiddin” karangan al-Imam Al-Ghazali[9].

"إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِوَالْجَمَاعَةِ فَالْمُرَادُ بِهِمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ".

Terjemahan:

"Apabila disebut ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka  yang dimaksudkan dengannya ialah golonganal-Asya`irah dan al-Maturidiyyah (fahaman atau fatwa-fatwa yang diajarkan oleh Abu al-Hassan Asy`ari dan Abu al-Mansur Al-Maturidi)".

Berkata Syaikh Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibn `Abidin al-Hanafi (W 1252 H) didalam kitabnya “Radd al-Mukhtar `ala al-Durar al-Mukhtar”:[10]
"قَوْلُهُ(عَنْ مُعْتَقَدْنَا) أَيْ عَمَّا نَعْتَقِدُ مِنْ غَيْرِ الْمَسَائِلِالْفَرْعِيَّةِ مِمَّا يَجِبُ اعْتِقَادُهُ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ بِلَاتَقْلِيْدِ أَحَدٍ، وَهُوَ مَا عَلَيْهِ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَهُمْالأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ، وَهُمْ مُتَوَافِقُوْنَ إِلَّا فِيْمَسَائِلَ يَسِيْرَةٍ أَرْجَعَهَا بَعْضُهُمْ إِلَى الْخِلَافِ اللَّفْظِيِّكَمَابَيْنَ فِيْ مَحَلِّهِ".

Terjemahan:

"Bererti: Iaitu pada apa yang kami beriktiqad pada bukan masalah-masalah cabang (iaitu masalah akidah), daripada perkara yang wajib beriktiqad oleh setiap mukalaf tanpa taklid seseorang ialah atas jalan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut Abu al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah (pengikut Abu al-Mansur al-Maturidi) Dan merekaadalah sama pandangan kecuali pada beberapa perkara kecil yang dirujuk oleh sebahagian mereka sebagai khilaf lafzi sahaja sebagaimana mereka menerangkannya di tempat perbincangannya".

Justeru, aqidah yang benar dan diyakini oleh para ulama’ salaf yangsoleh adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah. Ini kerana sebenarnya kedua-dua golongan ini hanyalah meringkas dan menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahl al-Sunnah adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, merekaadalah para pengikut mazhab Syafi`e, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari kalangan mazhab Hanbali. Aqidah ini diajarkan di seluruh pondok Ahlal-Sunnah di negara kita, Malaysia. Dan alhamdulillah, aqidah ini juga diyakini oleh ratusan juta kaum muslimin di seluruh dunia seperti Malaysia, Indonesia,Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama al-Azhar), negara-negara di daratanSyam (iaitu Syiria, Jordan, Lubnan dan Palestin), Maghribi, Yaman, Iraq, Turki,Daghestan, Chechnya, Afghanistan dan masih banyak lagi di negara-negara lain.Oleh itu, wajib ke atas kita untuk memberi perhatian dan kesungguhan dalam mendalami aqidah al-Firqatun-Najiyah yang merupakan aqidah golongan majoriti umat Islam.

Nama lengkap Abu al-Hassan al-Asy`ari ialah Abu al-Hassan `Ali ibn Isma`il ibn Abu Basyar Ishaq ibn Salim ibn Ismail ibn Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abi Burdah ibn Abu Musa Abdullah (sahabat Rasulullahsallallahu`alaihiwasallam dikenali dengan nama Abu Musa al-Asy`ari) ibn Qais al-Asy`ari.Beliau dilahirkan pada tahun 260 Hijrah di Basrah (Iraq), selepas 55 tahun kewafatan al-Imam al-Syafi`e. Beliau telah wafat pada tahun 324 Hijrah di Basrah pada usia 64 tahun.

Beliau merupakan pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, imam ahli kalam, pendukung Sunnah Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam,pembantu agama yang pakar dalam bidang keilmuan dan giat berusaha menjaga kesucian aqidah umat Islam. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pada hakikatnya tidak mengadakan sesuatu perkara baru dalam bidang akidah, sebaliknya beliau merupakan orang yang menyusun semula ilmu akidah mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan apa yang di bawa dan dii`tikadkan oleh Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu`anhum ajmaien.

[1] Muhammad Salih Muhammad al-Sayid (1987), Asalat `Ilm al-Kalam, Kaherah: Daral-Thaqafah, h. 14.
[2] Sa`id Abu Jaib (1988), al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan, Damsyik: Daral-Fikr, h. 29.
[3] K.H.Hasyim al-Asy`ari (1418 H), Risalah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah,Jombang: Maktabah al-Turath, h. 5.
[4] Al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Abdary (1997), Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarhal-`Aqidah al-Tahawiyyah, Beirut: Dar al-Masyari`, h. 14-15.
[5] Hadis riwayat Ibn Majah (3950), Abd bin Humaid di dalam Musnad-nya (1220) danal-Tabarani di dalamMusnad al-Syamiyyin (2069). Al-Hafiz al-Suyuti menilainya sebagai sahih di dalam kitab al-Jami` al-Saghir(1/88).
[6] Hadis riwayat al-Tirmizi (2582), Ahmad (12871) dan al-Hakim (1/88) yang menilainya sahih sesuai dengan pensyaratan al-Bukhari dan Muslim.
[7] Al-Imam Ali al-Qari al-Harawi (2001), Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih,  Jamal `Aitabi (ed.), Beirut: Dar al-Kutubal-`Ilmiyah, , j. 1, h. 442.
[8] Abdurra`ufal-Munawi (2001), Faidh al-Qadir Syarh al-Jami` al-Saghir, Beirut: Daral-Kutub al-`Ilmiyah, j. 2, h. 546; Al-Imam Ali al-Qari al-Harawi(2001), op.cit.,h. 383.
[9]Imam Al-Zabidi (t.t.), Ithaf al-Saadahal-Muttaqin,(t.tp):  (t.p), j. 2, h.6.
[10] Ibn Abidin, Muhammad Amin (1995), Hasyiah radd al-Mukhtar,Beirut: Dar al-Fikr, j. 1, h. 52.
[11] Hassan Ibrahim (1964), Tarikh al-Islam al-Siyasi Waal-Din Wa al-Thaqafi Wa al-Ijtimaie, j. 2, c. 7, Kaherah: Maktabahal-Nahdah al-Misriyyah, h. 162-163.

credit: fb/ibnu syafie al kalantani
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

#Tolong berikan komen yang memberi manfaat kepada orang lain dan dilarang keras melakukan SPAM di sini# Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...