AL-HADIS
Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:
"كَانَ اللهُ وَلَـمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ".
Maksudnya:
“Allah
telah wujud pada azali [iaitu tidak ada permulaan bagi kewujudan-Nya] sedang
sesuatu selain-Nya masih belum wujud”.
[Diriwayatkan oleh
al-Bukhari, al-Bayhaqi dan Ibn Jarud]
Al-Hafiz
Ibn al-Hajar al-`Asqalani (W.852 H) telah menghuraikan hadis di atas di dalam
kitabnya Fath al-Baridengan
katanya[1]:
"وَالْمُرَادُ بِكَانَ فِي الأَوَّلِ الأَزَلِيَّةُ وَفِي
الثَّانِي الْحُدُوْثُ بَعْدَ الْعَدَمِ".
Maksudnya:
“Dan
maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah
keazalian (kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa
permulaan) dan dalam lafaz kedua [iaitu maksud kana yang kedua] ialahkebaharuan selepas ketiadaan (kewujudan yang
didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”.
Al-Hafiz
Abu Bakr Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) juga mensyarahkan hadis
tersebut di dalam kitabnya al-Asma’Wa
al-Sifat dengan berkata:
"يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ لَـمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ لا
الْمَاءَ وَلا الْعَرْشَ وَلا غَيْرَهُـمَا وَكُلُّ ذَلِكَ أَغْيَارٌ."
Maksudnya:
"(Hadis
ini) Menunjukkan bahawa Allah ta`ala sudah wujud walaupun selain-Nya belum
ada,air tidak ada, `Arasy tidak ada dan selain kedua-dua benda itu dan semua
itu adalah bukan Allah ta`ala."
Justeru, Allah taala telah wujud pada azali dalam keadaan tiada suatupun yang
bersama keazalian-Nya. Tiada sesuatu pun sama ada air, udara, bumi, langit,
`Arasy, Kursi, manusia, jin,malaikat, tempat dan lain-lain daripada makhluk
yang menyerupai-Nya. Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tidak
bertempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan `Arasy serta Dia tidak
berhajat sama sekali kepada ciptaan-Nya.
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
"اللَّهُمَّ أَنتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٍ، وَأَنتَ
الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ،
وَأَنتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ."
Maksudnya:
“Ya
Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka
tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan
Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”.
[Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim]
Al-Hafiz
Abu Bakr Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma’ wa al-Sifat[2]:
"وَأَنَّهُ الظَّاهِرُ فَيَصِحُّ إِدْرَاكُهُ
بِالأَدِلَّةِ,الْبَاطِنُ فَلا يَصِحُّ إِدْرَاكُهُ بِالْكَوْنِ فِي مَكَانٍ.
وَاسْتَدَلَّ بَعْضُ أَصْحَابنِاَ فِيْ نَفْيِ الْمَكَانِ عَنِ اللهِ تَعَالَى
بِقَوْلِ النَّبِيِّ: ((أَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ
الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ)) وَإِذَا لَمْ يَكُنْ فَوْقَهُ شَيْءٌ وَلا
دُوْنَهُ شَيْءٌ لَمْ يَكُنْ فِي مَكَانٍ".
Maksudnya:
"Allah
ta`ala itu Maha Zahir kerana (kewujudan-Nya) boleh didapati dengan bukti-bukti
(daripada kekuasaan-Nya melalui alam ini) dan Maha Batin kerana tidak boleh
didapati (kewujudan-Nya) secara bertempat. Sebahagian para sahabat kami
mengambil dalil tentang penafian tempat daripada Allah taala dengan sabdaan Nabi
: ((أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء))iaitu Engkaulah
(Allah) yang Zahir dan tidak ada sesuatupun di atas-Mu dan Engkaulah yang Batin
dan tidak ada sesuatupun dibawah-Mu). Dan jika tiada suatupundi
atas-Nya dan tiada sesuatupun di bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat
pun".
[1]Ibn
al-Hajar al-`Asqalani (t.t), Fathal-Bari,
Kaherah: Dar al-Rayyan, j. 6, hlm. 334.
[2]Al-Hafiz
Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (t.t), al-Asma’
was-Sifat, Beirut: Dar Ihya’ al-Turats, h. 400.
credit: fb/ibnu syafie al kalantani