Studentkit2u: Biasiswa Yayasan TM 2013

Friday 22 March 2013

Biasiswa Yayasan TM 2013

Biasiswa Yayasan TM 2013


Assalammu'alaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, biasiswa untuk adik2 lepasan SPM kali ini ialah Biasiswa Yayasan TM 2013.
Bagi adik-adik yang berminat dalam 3 jurusan ini bolehlah cuba memohon tajaan TM ini.


1. Kejuruteraan Perhubungan, Elektronik dan Elektrik
2. Teknologi Maklumat, Sains Komputer dan Perisian
3. Pengurusan dan Perakaunan
Untuk lebih lanjut klik "read more"



Baru-baru ni saya sembang dengan sahabat lama saya dari PLKN TERKOK Kump.1 Siri 8, Sungai Siput, saudara Omar Habiballah(pelajar tajaan TM) ''boleh klik nama beliau untuk kenal beliau lebih lanjut'', beliau ada juga berkongsi sedikit tips dan perkara yang berkaitan dengan tajaan TM ini untuk adik-adik di luar sana, beliau mengatakan untuk tajaan ijazah pertama ini, duit poket sahaja diberikan RM700 sebulan, elaun buku RM 500 per semester, elaun alat tulis RM300/RM500 per semester, elaun komputer RM1800 selepas tahun pertama(bergantung pada result anda jugak). Selain itu, 
untuk scholarship TELEKOM ini ada 3 peringkat tetapi yang ke-3 itu anda akan laluinya sekiranya anda telah berjayalah, hehe..
3 peringkat itu ialah:
1)Kem pemilihan(some sort like EduQuest Camp diadakan oleh Pertronas)
2)Interview(selepas saringan daripada kem pemilihan itu)
3)Induksi(peringkat terakhir ini pihak mereka akan beritahu perjanjian biasiswa dan akan diadakan akur janji masa ini)


Untuk tips yang dikongsikan beliau:
" Berusaha sebaik mungkin, ikhtiar segala yang kita ketahui. Gunakan segala ilmu yang kita pernah pelajari, seterusnya berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana Dialah penentu segalanya. Bersyukur jika kita dapat dan redha jika kita tidak bernasib baik kerana Allah sedang merancang yang lebih baik untuk kita sebenarnya." Beliau juga mengatakan beliau telah  memohon tajaan TM sebanyak dua kali yang mana kali pertama beliau selepas keputusan SPM dan  kali kedua ketika beliau menuntut di asasi dan alhamdulillah usaha beliau berbaloi. "Apa yang penting kita jangan berputus asa dari rahmat Allah". (penulis macam pemberita lah pulak,hehe)

:Bagi anda yang berada di luar sana, jika ingin berkongsi sebarang tips, pengalaman dan sebagainya bolehlah dikongsikan di sini bersama para pelajar lain:
Ingat! Allah akan permudahkan urusan kita jika kita permudahkan urusan orang lain.



Biasiswa Dalam & Luar Negara
Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang berjaya memperolehi kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara.
Biasiswa yang ditawarkan adalah dalam bidang/kursus Kejuruteraan, Pengurusan dan Teknologi Maklumat peringkat pengajian seperti berikut:
  1. Biasiswa Persediaan ke Luar Negara
  2. Biasiswa Ijazah Pertama ke Luar Negara
  3. Biasiswa Pra-Universiti (Alpha) di Universiti Multimedia (MMU)

  4. Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
  5. dan Kolej Multimedia (MMC)
  6. Biasiswa ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Kelayakan & Syarat Permohonan

Pengajian Luar Negara
  • Peringkat Pra-Universiti

    1. o Terbuka kepada lepasan SPM 2012.
      o Memperolehi A dalam 8 subjek termasuk 5 subjek wajib berkaitan kursus*
  • Peringkat Ijazah Pertama

    1. o Kelulusan cemerlang di peringkat A-Level, Matrikulasi atau kelayakan yang setaraf.

Pengajian Dalam Negara
  • Peringkat Pra-Universiti di Universiti Multimedia

    1. o Terbuka kepada calon lepasan SPM 2012 sahaja.
      o Memperolehi minima A dalam mana-mana 4 subjek wajib berkaitan kursus*
  • Peringkat Diploma di Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Multimedia (MMC)

    1. o Terbuka kepada calon lepasan SPM 2012 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun satu peringkat Diploma.
      o Memperolehi minima B dalam 5 subjek wajib berkaitan kursus* atau minima CGPA 3.00
  • Peringkat ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

    1. o Kululusan cemerlang di peringkat Matrikulasi/STPM/Diploma atau kelayakan yang setaraf.
      o Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.3.
Perhatian: Sila gunakan keputusan CGPA yang terkini sekiranya keputusan akhir masih belum di perolehi.


*Subjek Wajib Mengikut Bidang/Kursus

Bidang Pengajian/Kursus

Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat
    o Bahasa Inggeris
    o Matematik
    o Matematik Tambahan
    o Fizik
    o Kimia/Teknologi Maklumat/Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan


Pengurusan
    o Bahasa Inggeris
    o Matematik
    o Matematik Tambahan/Fizik/Kimia/Teknologi Maklumat/Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/Biologi/Sains.
    o Geografi/Ekonomi Asas/Prinsip Ekonomi/Prinsip Akaun/Perdagangan/Sejarah.


Cara Memohon
Permohonan hanya boleh dibuat secara online di laman web Yayasan TM. Calon lepasan SPM hanya boleh memohon selepas keputusan diumumkan. Calon hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja.




p/s: Kepada yang berminat untuk dapatkan maklumat biasiswa lain, boleh dapatkan kit biasiswa ini di sini dengan harga promosi RM10 sahaja sehingga 23/3/13 ini sahaja.(Jangan menyesal)
*Ingat! Isikan kod ini [kitbdip13] di bahagian "Nota" ketika mengisi borang tempahan kit biasiswa ini.

#Dapatkan info terkini dan 64 ebook percuma dengan mengisi email anda di ruangan yang disediakan di sebelah kanan. Kepada yang ada account Google+ bolehlah tanda penulis sebagai friends anda(jika sudi,hehe)


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

#Tolong berikan komen yang memberi manfaat kepada orang lain dan dilarang keras melakukan SPAM di sini# Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...