Studentkit2u

Thursday, 28 March 2013

Life 4 Allah



Assalammu’alaikum dan selamat sejahtera.

     ‘’Hidup untuk Allah”. Kalimah ini mungkin nampak mudah untuk dijelaskan oleh sesetengah insan tapi tidak bagi saya.  Apa yang dikatakan hidup untuk Allah ini? Sedangkan dikisahkan seorang sahabat Nabi iaitu Abu Dzar al Ghifari di mana pada suatu ketika beliau ditegur oleh Baginda Rasulullah ‘’Dalam diri kamu masih terdapat saki baki jahiliah”. MasyaAllah! Lihatlah, seorang insan yang bergelar sahabat Rasulullah ini pun ditegur semikian rupa tentang cara hidupnya apatah lagi kita yang hidup jauh sekali dari kurun Rasulullah, tidak dapat bersua muka dengan Baginda, berjabat erat tangan Baginda, bertalaqqi(menuntut ilmu secara berguru) dengan Baginda dan berjihad bersama Baginda.

     Cuba kita renungi  dan tanya kembali kepada diri kita, adakah kita sudah yakin kehidupan 24 jam sehari yang kita lalui setiap detik dan saat ini adalah menuruti cara hidup Islam. Apakah bezanya rutin harian kita dari bangun tidur sehingga tidur kembali dengan orang kafir di luar sana? Cuba kita senaraikan sekejap.

Friday, 22 March 2013

Biasiswa Yayasan TM 2013

Biasiswa Yayasan TM 2013


Assalammu'alaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, biasiswa untuk adik2 lepasan SPM kali ini ialah Biasiswa Yayasan TM 2013.
Bagi adik-adik yang berminat dalam 3 jurusan ini bolehlah cuba memohon tajaan TM ini.


1. Kejuruteraan Perhubungan, Elektronik dan Elektrik
2. Teknologi Maklumat, Sains Komputer dan Perisian
3. Pengurusan dan Perakaunan
Untuk lebih lanjut klik "read more"

Tuesday, 19 March 2013

Promosi Kit biasiswa Lepasan SPM/ Pra-U/ Diploma


Kit biasiswa Lepasan SPM/ Pra-U/ Diploma

Dapatkan segera kit biasiswa ini dengan  harga istimewa untuk anda
Harga asal: RM20
Harga Promosi:RM10 SAHAJA!
Tarikh promosi: 13/3/2013 Hingga 23/3/2013(12 tengah malam)
Anda berminat?

DERMASISWA YAYASAN BUDIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (YBUiTM)




MAKLUMAT MENGENAI DERMASISWA
YAYASAN BUDIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
(YBUiTM)

1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Yayasan Budiman Universiti Teknologi MARA telah ditubuhkan pada 25 Ogos 1999 dan dilancarkan pada 26 Ogos 1999 di Stadium Melawati, Shah Alam oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Perhimpunan Perdana Siswazah ITM Bersama Perdana Menteri diadakan.
1.2 Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YBUiTM pada 23 Mei 2000 telah memutuskan untuk menghadiahkan Dermasiswa kepada siswa/siswi UiTM yang tidak berkemampuan dalam bidang Sarjana sama ada secara Kerja Kursus atau Penyelidikan.

2.0 SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN

Pengambilan Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2013/2014


Semoga berjaya kepada yang berminat! Barakallahu feek ^.^
Pengambilan Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2013/2014

Biasiswa Bank Negara 2013/2014




Untuk Lepasan SPM dan STPM. Pelajar Sarjana dan PhD juga boleh memohon. Tarikh buka adalah pada 20 Mac 2013 manakala tarikh tutup permohonan pula ialah pada 26 Mac 2013. Layari link di bawah untuk keterangan lanjut.
BNM Home



Monday, 18 March 2013

Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2013

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..


TAWARAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2013
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Alhamdulillah, biasiswa terkini untuk semua pelajar lepasan STPM/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma. Bolehlah anda semua yang rasa memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti diminta untuk cuba memohon. InsyaAllah, Allah akan membantu mempermudahkan orang yang bersungguh-sungguh berjuang dalam medan ilmu.

Dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan 

daripada warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 
tutup permohonan(29 Mac 2013)yang berkelayakan untuk ditawarkan Biasiswa Tunku Abdul Rahman peringkat Ijazah Sarjana Muda.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...