Studentkit2u: Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2013

Monday 18 March 2013

Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2013

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..


TAWARAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2013
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Alhamdulillah, biasiswa terkini untuk semua pelajar lepasan STPM/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma. Bolehlah anda semua yang rasa memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti diminta untuk cuba memohon. InsyaAllah, Allah akan membantu mempermudahkan orang yang bersungguh-sungguh berjuang dalam medan ilmu.

Dimaklumkan bahawa Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan 

daripada warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 
tutup permohonan(29 Mac 2013)yang berkelayakan untuk ditawarkan Biasiswa Tunku Abdul Rahman peringkat Ijazah Sarjana Muda.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN


Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum

(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma yang tamat minimum PNGK 3.75 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang mencapai minimum PNGK 3.75 dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.

(ii) Sekurang-kurangnya Kepujian Tertinggi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa 

Inggeris di peringkat SPM.

(iii) Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif 

dalam kokurikulum (terutama di peringkat luar sekolah / universiti) 

KADAR BIASISWA

(i) Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar Universiti.

(ii) Elaun Sara Hidup RM1,000 sebulan.

(iii) Elaun Buku RM500 / semester.

(iv) Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amali / kertas

 projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).

(v) Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung

yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung


PERMOHONAN


Borang Permohonan Biasiswa boleh dimuat turun daripada laman web Yayasan 
Tunku Abdul Rahman.

Semua permohonan mesti mendapat ULASAN Timbalan Naib Canselor (Hal 
Ehwal Pelajar) Universiti.

Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi     
pemerhatian dan temuduga.
Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.

Link Bisiswa Tunku Abdul Rahman 2013

p/s: Jangan lupa untuk masukkan emel anda di ruangan sebelah kanan anda   untuk dapatkan info dan artikel terkini dari penulis, Barakallahu feek ^.^


:Dipetik dari UM Daily: 

  Ciri-Ciri Versi Terbaru Kit Biasiswa ?

·  57 jenis tajaan biasiswa/pinjaman untuk Ijazah Sarjana Muda.
·  30 jenis tajaan biasiswa/pinjaman untuk Lepasan SPM dan peringkat Diploma. (TERKINI)
·  Biasiswa untuk pelbagai profesyen disediakan.
·  Tarikh ramalan 2013 yang lebih tepat berdasarkan statistik semasa.
·  Kemas kini percuma untuk pelanggan (mengikut jenis pembelian).
·  Susun atur isi kandungan yang mesra pengguna.
·  Bonus terbaik seperti kamus digital planner digital.
·  E-buku seperti "Super Memory" dan "Moving Abroad" ditambah.
·  Template Resume yang boleh diubahsuai oleh anda.
·  Maklumat biasiswa yang tersusun, padat dan ringkas.
·  Sistem "klik untuk ke biasiswa" diperkenal (tidak perlu menyelak setiap halaman).
·  Boleh dibaca menggunakan PC, telefon pintar, Ipad, Iphone dan tablet.














Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

#Tolong berikan komen yang memberi manfaat kepada orang lain dan dilarang keras melakukan SPAM di sini# Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...