Studentkit2u: DERMASISWA YAYASAN BUDIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (YBUiTM)

Tuesday, 19 March 2013

DERMASISWA YAYASAN BUDIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (YBUiTM)




MAKLUMAT MENGENAI DERMASISWA
YAYASAN BUDIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
(YBUiTM)

1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Yayasan Budiman Universiti Teknologi MARA telah ditubuhkan pada 25 Ogos 1999 dan dilancarkan pada 26 Ogos 1999 di Stadium Melawati, Shah Alam oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Perhimpunan Perdana Siswazah ITM Bersama Perdana Menteri diadakan.
1.2 Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YBUiTM pada 23 Mei 2000 telah memutuskan untuk menghadiahkan Dermasiswa kepada siswa/siswi UiTM yang tidak berkemampuan dalam bidang Sarjana sama ada secara Kerja Kursus atau Penyelidikan.

2.0 SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN

2.1 Siswa/siswi yang dipilih perlu memenuhi syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Latarbelakang dari keluarga yang miskin.
Pendapatan keluarga kurang daripada RM1,500.00 sebulan.
c) Mendapat CGPA 3.00 ke atas
d) Telah menamatkan program peringkat Ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
e) Tidak mendapat mana-mana bantuan kewangan dari agensi penganjur yang lain.
3.0 PENETAPAN KADAR DERMASISWA
3.1 Dermasiswa yang dihadiahkan kepada siswa/siswi UiTM ini bertujuan untuk menampung sebahagian dari kos pendidikan termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup.

4.0 CARA MEMOHON
4.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Dermasiswa/YBUiTM yang dikeluarkan secara percuma oleh YBUiTM Pusat Perhubungan Alumni, Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, UiTM Shah Alam.
4.2 Borang Permohonan boleh didapati di Pusat Perhubungan Alumni, Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni. Borang Permohonan yang telah sempurna diisi berserta dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar kepada:
Yayasan Budiman UiTM
d/a Pusat Perhubungan Alumni
Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni
Aras 5, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Nota: Sila catatkan Permohonan Dermasiswa pada penjuru kiri sampul surat.
4.3 Semua permohonan mesti dilampirkan perkara-perkara berikut:
a) Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan.
b) Salinan Surat Tawaran Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan UiTM yang telah disahkan oleh Pejabat Dekan.
c) Salinan Penyata Cukai Pendapatan ibu/bapa/penjaga yang telah disahkan.
d) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon yang telah disahkan.

5.0 LAIN-LAIN HAL
Semua syarat yang disebutkan di atas adalah tertakluk kepada pindaan yang dibuat oleh YBUiTM dari masa ke semasa.
PERINGATAN:
Dermasiswa akan ditarik balik sekiranya siswa/siswi
 Mendapat CGPA kurang daripada 3.00
 Meninggalkan kursus pengajian/latihan sebelum tamatnya kursus itu sama ada secara sukarela, atau disebabkan kegagalan.
 Melanggar apa-apa peraturan universiti.
 Menukar kursus pengajian/latihan tanpa persetujuan Yayasan.
 Digantung daripada kursus pengajian/latihan, atau dibuang dari universiti.



Layari link dibawah untuk maklumat lanjut
UiTM Student Portal
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

#Tolong berikan komen yang memberi manfaat kepada orang lain dan dilarang keras melakukan SPAM di sini# Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...