Assalammu’alaikum
dan selamat sejahtera.
‘’Hidup untuk Allah”. Kalimah ini mungkin nampak mudah untuk dijelaskan oleh sesetengah insan tapi tidak bagi saya. Apa yang dikatakan hidup untuk Allah ini? Sedangkan dikisahkan seorang sahabat Nabi iaitu Abu Dzar al Ghifari di mana pada suatu ketika beliau ditegur oleh Baginda Rasulullah ‘’Dalam diri kamu masih terdapat saki baki jahiliah”. MasyaAllah! Lihatlah, seorang insan yang bergelar sahabat Rasulullah ini pun ditegur semikian rupa tentang cara hidupnya apatah lagi kita yang hidup jauh sekali dari kurun Rasulullah, tidak dapat bersua muka dengan Baginda, berjabat erat tangan Baginda, bertalaqqi(menuntut ilmu secara berguru) dengan Baginda dan berjihad bersama Baginda.
Cuba kita renungi dan tanya kembali kepada diri kita, adakah kita sudah yakin kehidupan 24 jam sehari yang kita lalui setiap detik dan saat ini adalah menuruti cara hidup Islam. Apakah bezanya rutin harian kita dari bangun tidur sehingga tidur kembali dengan orang kafir di luar sana? Cuba kita senaraikan sekejap.