7 keajaiban dunia dari seorang budak perempuan? Apa yang cuba dimaksudkan oleh penulis? Kita sering kali mendengar orang bercerita tentang 7 keajaiban dunia di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kedai kopi, dalam usrah, universiti, pasaraya, tandas? Munkin juga boleh berlaku perbualan di tandas kerana ia merupakan satu topik yang sangat menarik untuk didengari, betul tak? Sebelum anda baca selanjutnya, apa kata anda cuba senaraikan 7 keajaiban dunia secara
spontan dalam pemikiran anda, sudah? Jika anda dapat senaraikan ketujuh-tujuh keajaiban dunia, maka anda memang seorang yang betul-betul berminat dan kagum dengan ketujuh-tujuh keajaiban dunia ini. Antara jawapan yang munkin diberikan oleh anda dan juga teman-teman anda yang lain adalah:
-Piramid
-Tembok besar di negeri China
-Taj Mahal
-Candi Borobudur
-Colloseum Rom lebih dikenali stadium/teater purba Rom
-Patung Kristius yang terletak terletak di puncak gunung Corcovado
-Bangunan batu berbentuk piramid peradaban kaum Maya
-Dan sebagainya yang bermain di pimikiran anda, munkin keajaiban dari sudut pandangan atau pengalaman anda sendiri.
Ya, benar itu semua adalah 7 keajaiban dunia yang sering diuar-uarkan dan anda dengar dari media massa dan perbualan kebanyakan orang, tapi adakah anda terfikir bahawa terdapat keajaiban dunia yang begitu berharga dan yang mana kebanyakan orang dan diri anda sendiri tidak sedar akan keajaiban dunia yang berlaku begitu hampir pada anda di setiap ketika dan saat? Jadi, apakah keajaiban dunia yang bernilai itu? Jawapannya adalah sungguh mudah diberikan oleh seorang budak perempuan, saya pasti anda kagum dengan jawapan yang diberikannya. Kata budak tersebut, ''7 keajaiban dunia bagi saya adalah'':
-Cium dan bau
-Telinga yang dapat mendengar
-Jari yang dapat merasai sentuhan rasa
-Telinga yang dapat mendengar
-Ketawa
-Lidah yang dapat merasai kelazatan makanan
-Rasa(memiliki perasaan marah,sedih,ceria, kasih sayang dan sebagainya)
Saya kupaskan salah satu contoh yang diberikan di atas iaitu jari yang dapat merasai sentuhan rasa, cuba anda bayangkan, anda berikan senaskah Al Quran yang berzip kepada seorang buta, dia mesti cuba menyentuh dan ingin mengetahui apakah barang yang anda berikan padanya, dia akan meraba Al Quran tersebut dan kemunkinan terdapat dua jawapan yang akan diberikannya iaitu, ''ini buku'' atau ''bahagian keras dan kasar ni apa pulak?''(zip Al Quran). Maksudnya di sini, manusia itu dapat merasai pelbagai sentuhan yang berlainan, cuba bayangkan jika kita hanya dapat merasai satu sentuhan rasa sahaja? Tidakkah kita rasa satu kekurangan dan kehilangan?
Sama-samalah kita memohon keampunan kepada Allah atas kenikmatan atau keajaiban dunia yang dikurniakan kepada kita tapi tidak kita manfaatkan dengan sebaiknya. Patutkah seseorang dari kalangan kita masih tidak mahu bersyukur atas kurniaan yang bernilai ini? "Sekiranya kita bersyukur Allah akan menambah nikmatNya."
credit to:Usrah Abu Bakar Al Hafiz