Studentkit2u: Biasiswa Terbaru Selepas Keputusan SPM/STPM 2013

Sunday, 17 March 2013

Biasiswa Terbaru Selepas Keputusan SPM/STPM 2013



Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera


Keputusan peperiksaan SPM/STPM

    Keputusan SPM dan STPM bakal diumumkan tidak lama lagi. InsyaAllah, difahamkan bahawa keputusan STPM akan diumumkan pada 18 Mac ini manakala keputusan SPM pula akan diumumkan pada 20 Mac nanti. Semoga Berjaya ^.^. Setelah doa, usaha, istiqomah, perbanyakkan tawakal juga. Ingat tak konsep DUIT? (Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakal). Setelah itu, para pelajar akan mula mencari biasiswa untuk menyambungkan pelajaran mereka ke IPTA/IPTS. Masa inilah pelajar dapat membuat keputusan yang tepat untuk memilih bidang yang sesuai dengan tahap mereka.

Pembongkaran biasiswa terbaru

Alhamdulillah, baru-baru ini penulis mendapat emel lagi dari saudara  Anwar Yassin membongkar biasiswa yang terkini. Ya, saya pasti ada dalam kalangan kita juga mungkin telah mendapat maklumat yang sama seperti saya atau mungkin lebih dari ini. Bolehlah dikongsikan bersama-sama di sini. InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita jika kita gembira mempermudahkan urusan orang lain.


Isu Biasiswa JPA

P/S: Penulis juga mendapat maklumat dari seorang pelajar senior yang mengatakan jumlah pemberian biasiswa JPA tidak selaras setiap tahun, betul kah wahai para senior tajaan JPA? Saya baru junior,hehe..Saya akan cuba hubungi JPA esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ini dan juga berkaitan tajaan JPA untuk rakan-rakan dan adik-adik yang  tidak sabar menunggu di luar sana..Jika ada apa-apa persoalan yang ingin disampaikan kepada JPA, insyaAllah saya akan bantu.. Komen sahaja di bawah ini.


Ke mana anda selepas ini?

Adakah anda semua sudah rancang ke mana hala tuju selepas ini dan adakah anda tahu terdapat beberapa institusi menjadi pilihan para pelajar lepasan SPM menyambung pelajaran mereka ? Jom, kita check out..


Institusi yang popular:
Berikut merupakan beberapa peringkat & institusi popular yang kerap disebut-sebut oleh pelajar lepasan SPM:
1.   Asasi di Pusat Matrikulasi
2.   Asasi Universiti (cth: Asasi UIA dan Asasi UM)
3.   Diploma di IPTA
4.   Diploma di IPTS
5.   Pra-Universiti di Sekolah (Tingkatan 6)
6.   Persijilan
Kesemua institusi di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun tahukah anda bahawa terdapat beberapa lagi institusi yang kurang diketahui oleh pelajar ? Senarainya seperti di bawah:

Institusi Kurang Popular:
1.   Diploma di institusi spesifik (Juruterbang, Kelasi Kapal dan lain-lain)
2.   Persediaan ke luar negara A-Level
3.   International Baccalaureate di Kolej-Kolej Swasta
Kesemua program di atas, sama ada yang popular atau kurang popular selalunya ditawarkan selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan  dan ada juga tajaan biasiswa yang disediakan untuk mereka yang berkelayakan.

Sehingga ke saat ini, telahpun dikenal pasti sebanyak 30 jenis biasiswa untuk lepasan SPM, Pra-U dan Diploma. Berkemungkinan besar ada lagi biasiswa/pinjaman yang terlepas pandang.

Bidang Tajaan Untuk 30 jenis Biasiswa ini:

1.   ILmuan Islam
2.   Guru
3.   Jurutera
4.   Ahli Sukan
5.   Pegawai Bank
6.   Akauntan
7.   Pengurus
8.   Programmer
9.   Ahli Ekonomi
10. Wartawan
11. Peguam
12. Ahli Farmasi
13. Doktor
14. Actuarist
15. Pakar Insurans
16. Kelasi kapal
17. Jurutera Marin
18. Hospitaliti
19. Ahli Bioteknologi
20. Ahli Teknologi Makanan
21. Jururawat
22. Jurufisioterapi
23. Ahli geologi
24. Juruterbang

                Dapatkan di sini

       Ciri-Ciri Versi Terbaru Kit Biasiswa ?
·  57 jenis tajaan biasiswa/pinjaman untuk Ijazah Sarjana Muda.
·  30 jenis tajaan biasiswa/pinjaman untuk Lepasan SPM dan peringkat Diploma. (TERKINI)
·  Biasiswa untuk pelbagai profesyen disediakan.
·  Tarikh ramalan 2013 yang lebih tepat berdasarkan statistik semasa.
·  Kemas kini percuma untuk pelanggan (mengikut jenis pembelian).
·  Susun atur isi kandungan yang mesra pengguna.
·  Bonus terbaik seperti kamus digital planner digital.
·  E-buku seperti "Super Memory" dan "Moving Abroad" ditambah.
·  Template Resume yang boleh diubahsuai oleh anda.
·  Maklumat biasiswa yang tersusun, padat dan ringkas.
·  Sistem "klik untuk ke biasiswa" diperkenal (tidak perlu menyelak setiap halaman).
·  Boleh dibaca menggunakan PC, telefon pintar, Ipad, Iphone dan tablet.

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

#Tolong berikan komen yang memberi manfaat kepada orang lain dan dilarang keras melakukan SPAM di sini# Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...